MAKNA
SAHABAT MENURUT RASULULLAH SAW.
“Sebaik baik
sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik
baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis
riwayat al-Hakim)
Dari Nu’man bin
Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
“Seorang Muslim
adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya,
menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling
baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar
kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Banyak sekali
hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan,
“Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan
biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma
satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan
(suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau
sahabat. Baru betul! Tak gitu?
Allah SWT mencipta
makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak
akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan
kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang
lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri
sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara
hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit
dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud,
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ
أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
“Hai manusia,
sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan
dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang
yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa
di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah
al-Hujurat [049] ayat 13)
Dalam Islam,
faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah
hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam
membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan
berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka
semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Terdapat ayat yang
mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang
bermaksud:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ
“Wahai orang yang
beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat
benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)
Pendek kata
sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat
kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang
bermaksud,
“Seseorang itu
adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa
yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari
dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan
yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak
wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama
ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh
menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Apakah ciri-ciri
seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina
persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah
SAW) kepada anaknya,
“Wahai anakku,
sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah
engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1 - Pilihlah
sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika
kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih
sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan
hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang
mulia.
Sebagai remaja
yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan.
Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah
kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu
kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik
membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga
di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.
Dalam kitab
al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak
membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin
engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan
mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih
siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”
Sufyan Astsaury
berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan
siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang
bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”
Hati-hatilah atau
tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:
1. Sahabat yang
tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan
ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Ali bin Abi Thalib
r.a. berkata,
“Sejahat-jahat
teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf
atau selalu mencari alasan.”
Kemungkinan engkau
berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh
kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman)
daripadamu.
Sebaik-baik
sahabat
Dan sekiranya engkau
berkawan seorang ,yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan
dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang
dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu,
sebaliknya ke, an apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat
mengekang (menahan) hawa nafsunya.
Bagaimana akan
dinamakan , seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya,
sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk
keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah
erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat
kebinatangan dan kejahatannya.
Dalam sebuah hadis
ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana
itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan
kawan.”
Menurut ahli syair
pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan
yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”
Bersahabat dengan
yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu
saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian
sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita
sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa
kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.
Hati-hatilah
memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun
berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.
Pilih lah sahabt
yang bisa membimbing mu kesurga Allah bukan keneraka
Sumber :
0 komentar:
Posting Komentar